Xiumin Scandal;


I'm Qila, sweet 15 in 2014 ;p K-popers, got problem?
Hate me? ctrl+w :x

Ini cerita mengarut. Idea sesuka hati. Kan dah hilang english-dia. LOL
kbai.
Untitled 1
Untitled 2
+ Follow Facebook Twitter Main Blog

Theme by
M-iichiko. Thanks to Pixel-diary for the icons.

Untitled #2
23 Dec 2013 | 0 comments

Firzana meletakkan gelas yang tinggi itu di atas meja yang berdekatan. Kemudian dia melihat suasana di bawah sana yang bising dengan jeritan budak-budak yang tengah sibuk bermain air di swimming pool. Untunglah budak-budak sekarang ni. Nak main air terus turun pool dekat bawah ni. Aku dulu, kalau nak main air, kena tunggu hujan dulu. Itupun kena hujan lebat dulu, lepas tu baru cari air lopak yang bertakung. Barulah boleh berendam main lecah dengan geng.

Itu belum masuk kalau dah kantoi dengan mak ayah masing-masing. Kalau kantoi, masing-masinglah kena kejar keliling kampung dengan kayu ataupun batang paip. Kalau yang perempuan ni, sopan sikit. Kena hanger ataupun tali pinggang dekat dalam rumah.

Haha! Sungguh rindu zaman kanak-kanak.

"Yang kau ni kenapa duk sengih sorang-sorang? Bajet comel?"

Firzana memandang insan yang bercakap macam tak sayang mulut tu. Ada yang makan kaki masak tiga rasa ni karang.

Firzana, jaga adab kau. Kau tahu pangkat dia siapa pada kau? Desis hatinya sendiri.

"Alah paksu. Awat jealous sangat?"

Emir memandang Firzana dengan pandangan yang tak boleh ditafsirkan. Sabar je la ada anak sedara yang suka menjawab ni.

"Hai Iz. Cuti-cuti ni tak jalan dengan awek ke?"tanya Erianna yang entah dari mana. Erianna mengambil gelas yang tersusun kemas di tempat letak cawan. Kemudian peti dibuka sebelum dia mengeluarkan sekotak air susu Dutch Lady coklat.

"Putus dah kak."

Baru saja bibirnya hendak mencecah gelas, ditarik kembali sambil matanya membulat tanda tidak percaya. Firzana yang sibuk membelek Galaxy S3 miliknya terus memandang wajah paksunya. Ini cerita panas ya kawan-kawan.

"Awatnya?"soal Erianna. Macam tidak percaya adik bongsunya itu sudah memutuskan hubungan dengan perempuan yang paling dia sayang. Walaupun seisi keluarganya tidak merestui hubungan mereka itu, tapi Emir tetap buat tak endah. Bercinta juga dengan perempuan itu. Tapi, tiba-tiba putus pula?

"Dia tipu aku. Ah malas lah aku nak cerita. Buat sakit hati je."

Erianna dan Firzana tergelak. Sebenarnya ayat Emir tu bukan "buat sakit hati je" tapi "buat malu je.".

Firzana tersenyum penuh makna. Tangannya terus membuka ruangan message.

Mesej ditaip kemudian dihantar kepada Adrianna.

--

"Ma, pa.. Akif kirim salam."

Adrianna meletakkan topi keledar di ruangan yang telah disediakan di tepi pintu.

"Akif kirim salam tu boleh cakap kejap lagi. Yang penting salam Lia tu, mana?"tegur Puan Hafizah kepada anak perempuan tunggalnya itu. Adrianna tersengih malu.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."jawab Puan Hafizah dan Tuan Daud serentak.

Adrianna terus berlalu ke arah Puan Hafizah dan Tuan Daud yang berada di sofa di ruang tamu. Punggung dihenyakkan di sofa berangkai tiga sambil mata terarah ke televisyen. Puan Hafizah menggelengkan kepalanya. "Kot iya pun, naiklah atas dulu, buka tudung tu, mandi then solat maghrib."

Sengih. "Kejap lah."

"So, Lia nak tolak lagi lah risikan tu?"

Tu dia dah kalau Tuan Daud bercakap, macam abang-abangnya juga. Straight to the point. Like father, like son, huh?

Adrianna mengangguk, cuma. Kalau dengan Tuan Daud ni jangan menjawab sangat. Karang ada yang kena lempang.

"Mama tak nak komen apa-apa sebenarnya tapi sebab mama ni mama Lia, mama nak cakap satu je. Fikir sebelum buat keputusan tu. Kamu tak tahu lagi kan siapa lelaki tu?"

Adrianna menggeleng pula.

"Dah tu?"

Three.. Desis hati Adrianna. Menjawab lagi tu.

"Ni.. Gambar lelaki tu."

Sekeping gambar dihulurkan kepada Adrianna.

"Eee.. Macam zaman dulu je bagi gambar-gambar ni. Cakap aje lah facebook ke twitter ke. WeChat or Instagram. Takkanlah kuno sangat kot?"

Sempat lagi tu dia mengutuk. Ni confirm bukan suami aku ni. Adrianna menggumam sendiri.

Muka insan yang berada dalam gambar tu macam pernah nampak. Siapa ya?

Ah malas aku nak fikir.

Adrianna memulangkan kembali gambar yang dihulurkan tadi. "Tak nak lah ma."

Puan Hafizah dan Tuan Daud tak terkata apa dan tak reti nak cakap apa. Degil Adrianna ni lain sikit. Risikan dah berapa kali tolak. Terpaksalah mama dan papanya menolak lagi risikan itu buat sekian kali.

Adrianna mengatur langkah ke arah tangga dan menuju ke biliknya. Sesampainya dia di bilik, pin-pin yang berada ditudungnya dibuka sebelum tudung selamat masuk ke dalam bakul yang disediakan di tepi pintu bilik. Kain batik dan sehelai baju tidur bergambar Micky Mouse diletakkan di atas meja belajar sebelum tangan mencapai kain tuala yang berada di belakang pintu dan beredar menuju ke bilik air.

Selesai mandi dan solat maghrib, Adrianna membuka laptop. Macam biasa, check notifications dalam akaun laman sosialnya, Facebook.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Iphone! Mana aku letak tadi eh? Rasa macam ada mesej.

Adrianna melangkah ke arah katilnya. Kan dah cakap, ada mesej.

+Beb, wa ada cite panas neh. Paksu dah putus dengan pmpuan tu. Kau ada chance doe.

-Siyessss?!

Iya, ini kisah Adrianna dan Emir. Baru bermula.

--

"Ibu, Iz nak bawa kawan balik hujung minggu ni boleh tak?"soal Emir dengan penuh berhati-hati. 

"Siapa pulak? Kalau setakat Haziq dengan Yusri tu tak payah tanya pun takpe aihh. Ibu okay je."jawab Hajah Atiah di corong telefon.

Emir yang duduk di sofa segera bangun menuju ke balkoni. Kepala yang tak gatal digaru. Xperia Z1 yang berada di telinga kanan segera di alih ke sebelah kiri. Macam mana nak cakap ni? "Err.. Tapi, kawan Iz ni perempuan, bu."

"Siapa?"tanya Hajah Atiah. Suara berubah, tak macam tadi. "Budak perempuan yang datang rumah Iz tempoh hari?"

Belum sempat Emir menjawab, Hajah Atiah sudah memotong. Emir hanya diam mendengar apa yang ibunya hendak cakap seterusnya.

"Ibu bukan apa, Iz tau kan macam mana pakaian dia masa dia datang rumah Iz dulu? Nasib baik ayah tak ikut ibu datang KL, kalau tak lagi teruk Iz kena sembur dengan ayah. Ibu tau tu hak Iz nak pilih sendiri calon Iz, tapi Iz boleh cari yang lebih baik dari tu kan? Iz cakap Iz dah suruh dia tutup aurat, pakai baju yang cukup kain, tapi apa buktinya dia sayang kan Iz?"

Hajah Atiah berhenti seketika. Mencari nafas, barangkali. Iz yang termenung melihat kesibukan Kuala Lumpur itu hanya diam mendengar nasihat dari Hajah Atiah.

"Iz, ibu dengan ayah dah didik Iz dari kecik sampai Iz besar panjang. Iz belajar tinggi-tinggi, pangkat dah besar.. Iz boleh fikir sendiri apa yang ibu cakap ni. Ada lagi masa ni."

Hajah Atiah diam bila Emir hanya diam. Kemudian menyambung, "Ok lah Iz. Fikir elok-elok. Ayah dah nak balik dah dari masjid tu, ibu nak siapkan makan malam. Assalamualaikum."

Talian dimatikan. 

"Waalaikumussalam."

Emir segera berlalu ke dalam bilik. Erianna yang sibuk layan drama di tv itu hanya memandang pelik. Blackberry Q10 di sofa sebelah dicapai kemudian nombor Hajah Atiah didail. 

Mesti ada benda yang tak kena ni. Kena siasat jugak aih. Desis hati kecilnya.

Talian bersambung.

"Assalamualaikum, ibu."

Sementara Emir yang berada dalam bilik hanya duduk di atas katil, kepalanya menunduk. Tak tahu apa yang dia rasa. Gembira? Semestinya tidak. Sedih.. Untuk apa? Cinta tidak direstui? Iyalah kot. Marah? Tidak perlu kot.. Itu nasihat daripada ibu.

Xperia Z1 yang berada di sebelah dicapai sebelum mencari nama Husni. Dia perlu beritahu hal ini kepada Husni.

"Hello."

Aik? Lelaki mana pula ni? Setahunya Husni tiada abang atau adik lelaki. 

"Hello?"sekali lagi lelaki itu menyapa. 

"Siapa tu, sayang?"sayup-sayup Emir terdengar suara perempuan yang amat dikenalinya. Husni Diana. 

"Entah. Tak menjawab pun."

Talian dimatikan. 

Emir mematikan telefon bimbitnya. Geram yang teramat sangat. Marah, benci, sedih, geram bercampur-baur. 

--
NEWER
PAST