Xiumin Scandal;


I'm Qila, sweet 15 in 2014 ;p K-popers, got problem?
Hate me? ctrl+w :x

Ini cerita mengarut. Idea sesuka hati. Kan dah hilang english-dia. LOL
kbai.
Untitled 1
Untitled 2
+ Follow Facebook Twitter Main Blog

Theme by
M-iichiko. Thanks to Pixel-diary for the icons.

Untitled #1
9 Dec 2013 | 0 comments

"You kena rehat, and jangan lupa telan panadol. Banyakkan bersabar. Bye, Na. I balik dulu."pamit kawan sepejabatnya yang berbangsa cina itu. Dia yang sedang memicit kepala itu hanya tersenyum hambar. Kurang sikit pening kepala ni.

Adrianna memusingkan kepalanya, melihat jam dinding di belakang. 5.30 petang. Awal lagi. Desis hatinya. Kemudian dia melihat keliling pejabat. Kosong. Hanya dia seorang sahaja yang berada di situ.

"Apa boleh buat.. Terpaksa balik lambat sikit, report ni kena siapkan hari ni jugak."Adrianna bertekad. Dah serik kena marah dengan big bossnya depan orang ramai tadi. Mana nak letak muka lagi? Sabar je lah dapat bos yang suka buat kecoh macam tu.

Disebabkan dia tersalah sikit dalam buat report untuk dibawa bersama semasa dalam mesyuarat tadi, bos mengamuk sakan dalam bilik. Terjerit-jerit Mr Robert dengan pelat cinanya memarahi Adrianna. Kalau boleh nak bagi satu department dengar jeritannya itu. Sabar sahajalah.

Komputer dinyalakan kemudian dengan cekap jari-jemarinya mengetuk papan kekunci. Tak sampai beberapa minit, iPhone 4s miliknya berbunyi tanda panggilan masuk. Butang hijau diseretkan ke belah kanan sebelum melekapkannya pada telinga.

"Hello Assalamualikum. Mee? Buat apa? Ohh. Ok.. Berapa bungkus? Ok ok. Tapi lambat sikit. Kerja banyak lagi ni. Ok Waalaikumussalam."

Adrianna meletakkan kembali telefon bimbit miliknya di sebelah laptop. Kepala yang berserabut tadi makin serabut memikirkan ada orang nak datang rumah. Siapa pulak? Ramai sangat ke sampai mama suruh beli mee 2 bungkus?

Ah malas aku nak fikir.

Kerja yang tertangguh tadi disambungnya kembali.

Setelah sejam duduk di pejabat, akhirnya siap juga kerja yang dicampak oleh bosnya tadi. Tak sabar pulak aku nak hantar kat bos. Detiknya dalam hati.

Iphone dan cermin kecil yang selalu dibawanya dimasukkan kembali ke dalam beg Rilakkumanya. Handbag? Maaflah, Adrianna tak suka pakai handbag. Handbag takde patung Rilakkuma macam beg dia ni, katanya.

Sungguh kebudak-budakan.

--

Adrianna memicit kepalanya yang makin berdenyut-denyut. Patutlah beria sangat mama suruh beli mee sampai 2 bungkus. Kawan lama mama dan papa datang dari Perak rupanya. Bukan dua orang je yang datang tadi, tapi nak dekat dua puluh orang. Sampai tiga kereta ada depan rumah ni. Kalau datang tu sekadar melawat, tiada masalah bagi Adrianna. Tapi datangnya ada hajat.

Merisik, katanya.

Nak merisik siapa lagi kalau bukan dia? Siapa je anak dara kalau bukan dia? Adoi, kalaulah dia ada kakak atau adik perempuan.. Pasti merekalah yang menghadap semua masalahnya. Senang betul hidup dia ni.

Bagi Adrianna, sekarang ni fokusnya hanya pada kerja, kerja dan kerja. Tak terduga langsung nak kahwin dalam usia 23 tahun ni. Rancangnya nak jadi pekerja yang disayangi oleh bos dulu, naik pangkat dan barulah boleh kahwin. Bab rancang-merancang ni, serahkan saja pada dia. Betullah orang kata, manusia ni pandai merancang je, tapi hakikatnya Allah yang menentukan.

Pintu yang tertutup rapat ditolak dari luar. Adrianna hanya membiarkan. Fikirannya masih menerawang entah ke mana. Pasti abang-abang tercinta nak bagi nasihat dan motivasi. Haish.

"So, how?"soal abang sulungnya, Arif.

Adrianna hanya memandang Arif tanpa perasaan. Soalan abang sulungnya itu dibiar tanpa jawapan. Dia membuang pandang ke arah langit yang semakin gelap.

"Lia, kalau kau tolak kali ni, dah masuk 3 risikan kau tolak. Kau tahu tak?"sergah Afif pula. Bila abang-abangnya bersuara, memang takde berkias-kias langsung. Memang staright to the point terus.

"Lah. Lia tak mintak pun diaorang hantar rombongan meminang segala."jawab Adrianna selamba. "Lia tak nak lah fikir pasal benda ni semua. Lia nak fokus kerja dulu."

Afif mengetap bibir, geram. Bila Adrianna menjawab ni, memang susah nak berhenti perang mulut antara tiga-beradik ni.

"Hello, aku kahwin dengan kak Maria kau tu, tak jadi apa pun. Elok je kak Maria kerja."

"Oh please. Stop comparing yours with mine."

Afif dah mula bengang dengan jawapan adiknya itu. Kalau tak difikirkan yang sedang bercakap ni adiknya sendiri, seorang perempuan, habis dah melayang penampar dekat muka. Penyakit degil adik dia ni bukan main. Dan tak boleh buat main. Keputusan memang kena ikut kepala dia aje.

"Kau sebenarnya ada orang lain ke or macam mana?"

Adrianna menggumam. Susah sebenarnya nak jawab soalan abangnya yang seorang ini.

"Lia..Suka orang lain."

Afif dan Arif melepaskan keluhan yang berat. Susahlah kalau macam ni.

"Then, dia suka kau ke?"

Adrianna menggeleng perlahan. Matanya masih merenung tepat wajah kedua abang yang disayanginya itu. Afif dan Arif  yang melihat gelengan Adrianna hanya tergelak. Lawak antarabangsa ke apa ni?

"Ni yang Lia malas nak cerita dekat kau orang ni. Yang ni lah jadinya. Gelak je kerja kau orang kan."

"Kau buat lawak. Orang yang kau suka, tak suka kau pun. Kau, jangan terhegeh-hegehlah dekat lelaki macam tu. Entah-entah dia dah ada awek pun."kata Afif sambil tersengih. Sian betul kau, Adrianna Adellia.

"Memang pun.. Dia dah ada awek pun."gumam Adrianna perlahan.

"What?!"jerit Afif dan Arif serentak kemudian tergelak besar.

"Kau dah tahu, tapi kau terus nak suka dia? Come on, Adrianna Adellia. Wake up. Find someone else, lah."

"Ahh yang penting Lia tak nak fikir lagilah pasal ni. Lia still muda okay. Muda."jawab Adrianna malas sambil membaringkan dirinya di atas katil miliknya itu. Belakang tangan di bawa ke dahi. Tak sampai beberapa saat, iPhone miliknya bebunyi tanda panggilan masuk.

"Hello?"

--

"Nah. Barang kau."katanya kemudian menghulurkan dua bungkusan plastik yang berisi sabun mandi dan sabun basuh. Satu plastik lagi dipenuhi dengan makanan-makanan ringan dan juga air kotak yang sudah dipeketkan.

Haish, untunglah dapat jadi anak bongsu. Nak apa pun dikirimnya. Tak lama lepas tu, sampailah apa yang dia nak tu. Nak pula kakak dan kedua abangnya sudah pun bekerja. Lagilah senang nak pow duit orang.

Akif tarik sengih bila barang yang dikirimnya sampai tepat pada waktu yang ditetapkan. Untungkan ada kakak yang memahami macam ni?

"So, apa cerita dekat rumah?"

"Kita orang decide nak bercuti time kau SPM nanti."balas Adrianna selamba. Akif yang mendengar membulatkan matanya sebesar yang mungkin.

"Serious lah kak."Akif dah mula tarik muncung sedepa. Ini tidak adil. Mama, Akif tak nak ambil SPM. Tak nak!

Adrianna tergelak meriah. Makin sakanlah dia bila dapat mengusik adik bongsunya ini. "Takde lah. Takkan lah kitaorang nak pergi tinggalkan kau pulak."

"Aku dah agak dah. Mama mana boleh tidur kalau aku takde sebelah dia."kata Akif selamba. Inilah yang jadi kalau manja terlebih.

"Blah lah kau. Menyampah aku. Mama kalau boleh nak suruh kau duduk asrama lagi tahu lepas SPM ni. Dia kata kau asyik menghabiskan beras dia aje kalau duduk rumah."

"Dah tu, kau duduk sana tak habiskan beras ke?"

"Tak."jawab Adrianna selamba. "Minggu depan kau balik ke?"soal Adrianna menukar topik. Malas nak bertikam lidah dengan adiknya yang mulut sangatlah berapi.

"Balik."sengih.

Adrianna buat muka. Kalau aku tahu minggu depan balik, takdenya aku pergi datang asrama dia ni. Aish, sabar je dapat adik manja macam ni.

Akif dan Adrianna ni memang sangat rapat. Kalau hari pelaporan atau majlis apa-apa yang sekolah anjurkan, memang Akif akan suruh Adrianna yang datang. Bukan Puan Hafizah ataupun papanya, Tuan Daud. Kalau ditanya, jawapannya hanya satu. Sebab mama dengan papa sibuk. Jadi, dia akan menyuruh kakaknya datang.

Tapi sebab utama adalah kerana dia dah serik dibebel oleh papanya depan orang ramai sebab hanya dapat 3A dalam trial PMR. Sejak itu, apa-apa program yang dianjurkan oleh sekolah, dia akan suruh Adrianna yang hadir. Bukan kedua ibu bapanya.

Puan Hafizah dan Tuan Daud hanya tergelak mendengar alasan anak bongsunya itu. Nasib baik tiada yang terasa hati. Papa dan mamanya pun sudah menyerahkan tanggungjawab itu kepada Adrianna. Jadi, mahu ataupun tidak, memang Adrianna yang kena uruskan semua hal sekolah Akif. Tetapi, duit semestinya ditanggung oleh Tuan Daud.

Setiap bulan, RM 200 akan dimasukkan ke dalam akaun Adrianna. RM 100 adalah untuk beli barang-barang yang diperlukan Akif dan selebihnya upah untuk Adrianna. Jadi Adrianna tiadalah merungut sangat kalau Akif telefon.

Itu baru masuk untuk beli barang-barang yang dia perlu je. Duit belanja sekolah setiap kali balik, duit asrama yang dibayar setiap bulan pula diasing. Untung betul jadi anak bongsu orang kaya ni kan?

"Eh, aku dengar cerita ada orang kena risik. Betul ke?"

Adrianna mengetap bibir. Siapa yang pandai-pandai buka cerita ni?

"Mama yang cerita."jelas Akif tanpa dipinta. "Aku call semalam."

"Hmm. Tapi aku nak tolak kot?"

"Asal pulak?"

Pelik Akif dengan perangai kakaknya yang seorang ini. Dah tiga kali dirisik tapi tiga-tiga dia tolak. Apa masalah dia? "Kau ingat kau cantik sangat sampai semua yang masuk line kau tolak?"

Kan dah kena sembur bila si mulut laser + tempayan ni bersuara.

Tapi, Akif tak menafikan yang Adrianna ni memang ada paras rupa yang boleh la tahan. Nak kata, cantik? Tak sesuai. Bagi Akif, perkataan cantik hanya dikategorikan untuk perempuan yang tinggi-tinggi sahaja. Macam kakak kesayangannya ini, erm.. comel kot?

Maklumlah, Adrianna ni memanglah kulit putih mulus, tak dinafikan. Suara pun halus je. Kalau menjerit tu, bajet suara dia yang paling kuat. Comel je kalau dia jerit. Nak-nak lagi kalau bergaduh dengan kedua abang dan adiknya tersayang. Tapi itulah, Adrianna ni kekurangan inchi sikit. Bukan sikit, tapi banyak. Tengoklah, kalau bandingkan dia dengan Akif, pasti orang kata macam boyfriend-girlfriend. Tinggi dia paras bahu Akif aje.

Boleh bayangkan betapa comelnya Adrianna ni?

Ada satu hari tu, bila Adrianna pertama kali menjenguk Akif di asrama, kawan-kawan Akif ingat Adrianna tu girlfriend dan ada juga yang menganggap tu adik. Siap minta nombor telefon lagi. Haish, macam-macam ragam.

"Aku nak fokus kerja dulu lah. Baru lah boleh kaweng! Baru hidup aku bahagia."

"Pale hotak hang!"bahu kakaknya dilibas geram.

Adrianna mengaduh sakit. "Bisa doh."

"Hah tau pun."kejam. Kemudian menyambung."Suka hati kau je. Semalam aku dengar tazkirah, ustaz cakap rezeki ni datang bila-bila masa, di mana-mana tempat. Janji kita usaha dan tawakal. Tahu?"kan dah kena ceramah free dari adik tersayang.

"Hish. Bukan macam tu. Aku fikir.. Aku baru nak fokus kerja. Aku muda lagi, what?"

"Blah ah kau."

Adrianna tergelak sendiri.

"Dah la. Dekat Maghrib dah ni. Aku nak gi mandi lepas tu nak pergi surau awal. Maklumlah imam lah katakan."

Imam? Blah lah kau Akif oi.

Akif menghulurkan tangannya untuk bersalam. Kemudian plastik-plastik yang penuh berisi makanan-makanan dan barang keperluannya dijinjing.

Adrianna menghidupkan enjin motornya. Akif melambai tangan kepada kakak kesayangannya itu. "Bye. Nanti kirim salam dekat mama dengan papa tahu. Jumaat ni jemput aku macam biasa, pukul 12.09 minit tahu. Jangan lambat. Takde duit syiling nak call kau dah. Hah! Lepas tu, khamis malam tu, charge handphone aku. Bagi full tau tau. Lepas tu.."

"Kau ingat aku bibik kau?!"

Akif buat muka tak bersalah.
NEWER
PAST